MAJLIS PERASMIAN HARI KOPERASI NEGARA PERINGKAT NEGERI SABAH 2024
10/4/20241 min read






3 Ogos 2024 - Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Sabah 2024 bertempat di International Technology & Commercial Centre (ITCC) Shopping Mall, Penampang Sabah. Perasmian disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) pada 3 Ogos 2024 (Sabtu) jam 11.00 pagi.
HKN24 Peringkat Negeri Sabah berfungsi sebagai medan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan koperasi kepada orang ramai dan ianya merupakan platform terbaik bagi koperasi-koperasi untuk mewujudkan jaringan perniagaan, bertukar-tukar idea dan pendapat serta mendapatkan maklumat terkini melalui sesi perkongsian yang diadakan sebagai salah satu pengisian program. Sebanyak 60 buah reruai pameran dan jualan disediakan yang melibatkan koperasi, usahawan, agensi-agensi di bawah KUSKOP dan agensi kerajaan negeri.
Hadir sama dalam majlis perasmian ini ialah YB Datuk Haji Ruslan bin Haji Muharam, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, YBhg. Datuk Haji Zamri bin Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) KUSKOP, YBrs. Tuan Rusli bin Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif, SKM, YBrs. Encik Azizul bin Alias, SUB BKPPK KUSKOP, YBrs. Tuan Francis Chong, Presiden Majlis Perbandaran Penampang, YBrs. Encik Rozdeen bin Mohd Jaafar, Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) SKM, Tuan Haji Efendee OP Andu, Pengarah SKM Cawangan Negeri Sabah serta pegawai-pegawai daripada KUSKOP dan agensi.