Sejarah Penubuhan Koperasi

Pada 12hb September 1962, Arwah En Mohamed Bin Abdul Ghani yang mewakili seramai 103 orang penduduk Kampung Karamunting telah mengemukakan permohonan tanah seluas 1,000 ekar di Block 59 S.P.S Batu 27 Sandakan kepada Assistant Collector Of Land Revenue Sandakan.

Tujuan utama permohonan itu ialah untuk merancang penanaman kelapa sawit atau apa-apa tanaman yang difikirkan sesuai atas nasihat Jabatan Pertanian.

Disebabkan pemohon adalah ramai, maka penduduk kampong telah dinasihatkan untuk membuat permohonan tersebut melalui koperasi.

Pada 6hb Disember 1962, satu mesyuarat penaja untuk menubuhkan koperasi telah diadakan di Masjid Kampung Karamunting Lama yang dihadiri oleh seramai 46 orang penduduk dari kampong Karamunting (44 orang) dan kampong Air (2 orang).

Mesyuarat yang dihadiri juga Pembantu Koperasi Sandakan memutuskan antara lain memilih seramai 11 orang dari kalangan yang hadir sebagai AJK Penaja diketuai oleh Encik Abdol Hamid bin Sabran sebagai Pengerusi, Encik Mohamed bin Ghani sebagai Setiausaha, dan Encik Sahak bin Hassan sebagai Bendahari. Mesyuarat juga membincang dan menerima Undang-Undang Kecil koperasi yang dibentang dan memberi nama koperasi yang ditubuhkan sebagai Kampung Karamunting Co-operative Land Development Society Limited.

Pada 29hb April 1963, Pengerusi koperasi telah mengesahkan bahawa senarai anggota koperasi telah bertambah menjadi 91 orang melalui tambahan ahli baharu seramai 45 orang.

Pada 21hb Oktober 1970 Mesyuarat ALK telah menerima 6 orang anggota baru menjadikan jumlah anggota 97 orang.

Dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang diadakan pada 6 hb November 1976, 3 orang anggota baharu telah diterima dan jumlah anggota menjadi 100 orang.

Pada tahun 2008 Koperasi menerima 2 orang lagi ahli baharu dan jumlah anggota menjadi 102 orang dan kekal hingga ke hari ini.

Dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang diadakan pada 29 Jun 2008, nama koperasi telah di tukar dari Kampung Karamunting Co-operative Land Development Society Limited kepada Koperasi Pembangunan Tanah Kampung Karamunting Berhad

Pengerusi-Pengerusi Koperasi Terdahulu dan Terkini

No Nama                                                                 Status          Tempoh Perkhidmatan

 1.    Almarhum Tn.Hj Abdol Hamid bin Sabran         Pertama         1963 hingga 1990

 2.   Almarhum Tn. B.M Sabli bin Bakir                       Kedua              1991 hingga 1992

 3.   Almarhum En. Sabar bin Hj.Kuntal                     Ketiga               1993 hingga 20014

 4.   Almarhum En. Matnor bin Osman                       Keempat          2002 hingga 2005

 5.   Encik Awang@Abd.Talib bin Hj.Kuntal              Kelima              2006 hingga 2024

 6.   Encik Mohd. Arif Jafar                                           Keenam            2004 hingga sekarang

Ahli Koperasi amat terhutang budi dan berterima kasih kepada semua terutama mantan pengerusi di atas sumbangan dan usaha gigih mereka mengemudi dan membawa koperasi sehingga ke tahap yang ada sekarang.

Kepada semua pengerusi yang telah tiada, semoga roh mereka sentiasa dirahmati dan diberkati Allah SWT. Aamiin…