Projek Kerjasama Dengan FELCRA Berhad
Dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan khususnya pendapatan anggota dengan pulangan yang lumayan dan selaras dengan konsep berkoperasi iaitu meningkatkan tahap ekonomi anggota, koperasi telah merangka satu Pelan Pembangunan Koperasi untuk tempoh 20 tahun bagi menjadikan koperasi maju dan berdaya saing. Salah satu strateginya ialah membangun tanah milik koperasi seluas 1000 ekar yang terletak di Segaliud Kinabatangan.
Koperasi telah mengadakan perjanjian usahasama dengan FELCRA Berhad bagi tempoh 15 tahun untuk membangunkan tanah milik koperasi dengan tanaman komersial Kelapa Sawit bermula pada tahun 1996. Kos projek ini dibiayai sepenuhnya oleh FELCRA Berhad sebagai pinjaman pendahuluan yang dibayar kemudian oleh koperasi melalui keuntungan ladang sawit koperasi. Bayaran balik pinjaman hanya selesai pada tahun 2021.
Koperasi sangat berpuas hati dengan usahasama yang dilakukan bersama agensi ini dan merancang untuk terus mengadakan usahasama.
Pada 20 Disember 2022, Koperasi sekali lagi telah mengadakan perjanjian Projek Tanam Semula bersama FELCRA Berhad. Projek ini bertujuan untuk menggantikan pokok kelapa sawit yang sudah tua dan kurang hasil serta telah diserang penyakit kepada kelapa sawit yang baharu yang bakal meningkatkan semula hasil ke paras industri, meningkat kualiti prasarana, pelan susunatur yang sempurna dan seterusnya meningkatkan semula pendapatan koperasi. Projek ini akan mengambil masa 2.5 tahun, mula dilaksanakan pada 15 Jun 2024 dan dijangka tamat pada hujung 2026.
Untuk mempastikan projek Tanam Semula ini berjalan dengan lancar, ia akan dipantau oleh koperasi melalui Jawatankuasa Kemajuan Projek (AJKKP) yang dianggotai bersama Ahli Lembaga koperasi dan wakil pengurusan FELCRA Berhad.
KOPERASI PEMBANGUNAN TANAH KAMPUNG KARAMUNTING BERHAD (RCS:106-63)
Lot 27, 1 st Floor, Block D, Utama Place, Phase 1, Jalan Bandar Utama, IJM, 90000 Sandakan
© Hak Cipta Terpelihara 2024 Koperasi Pembangunan Tanah Kampung Karamunting Berhad (No. Pendaftaran 106/63)