TABUNG PENDIDIKAN

TUJUAN

Memberi bantuan pendidikian kepada ahli/anak/suami/isteri anggota yang layak diperingkat pengajian tinggi seperti kolej atau university di dalam atau di luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Tahap pengajian adalah sijil, diploma, sarjana muda, serjana atau kedoktoran.

Jumlah sumbangan adalah mengikut tahap pengajian:-

  1. Sijil - RM300.00/Tahun

  2. Matrikulasi - RM500.00/Tahun

  3. Diploma - RM500.00/Tahun

  4. Sarjana Muda - RM700.00/Tahun

  5. Sarjana - RM700.00/Tahun

SYARAT KELAYAKAN

  1. Anggota telah menjadi ahli koperasi sekurang-kurangnya satu tahun

  2. Ahli/anak/suami/isteri anggota koperasi

  3. Telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi di dalam atau Luar negara yang diiktiraf

  4. Permohonan mesti dibuat pada tahun semasa

CARA MEMOHON

  1. Semua permohonan mestilah dibuat melalui borang (manual) atau secara atas talian dengan mengisi maklumat yang dikehendaki

  2. Menyertakan dokumen-dokumen sokongan seperti Surat Tawaran Kemasukkan ke Institusi Pengajian Tinggi, resit bayaran rasmi dari Institusi Pengajian Tinggi atas pendaftaran masuk, salinan kad pengenalan pelajar dan gambar pelajar.

  3. Permohonan sumbangan untuk tahun seterusnya mestilah dibuat dengan mengisi semula borang (manual) atau secara atas talian dan menyerahkan salinan dokumen-dokumen pendaftaran, resit bayaran rasmi yuran dan keputusan peperiksaan tahun sebelumnya untuk proses bayaran.