Projek Tanam Semula Kelapa Sawit

10/4/20241 min read

Ladang sawit hasil kerjasama diantara FELCRA Berhad dan Koperasi Karamunting telah pun mencapai usia 27 tahun semenjak mula diusahakan secara berperingkat-peringkat bermula dari tahun 1996 hingga 2022.

Pada 20 Disember 2022, Koperasi sekali lagi telah mengadakan perjanjian Projek Tanam Semula bersama FELCRA Berhad. Projek ini bertujuan untuk menggantikan pokok kelapa sawit yang sudah tua dan kurang hasil serta telah diserang penyakit kepada kelapa sawit yang baharu yang bakal meningkatkan semula hasil ke paras industri, meningkat kualiti prasarana, pelan susunatur yang sempurna dan seterusnya meningkatkan semula pendapatan koperasi. Projek ini akan mengambil masa 2.5 tahun, mula dilaksanakan pada 15 Jun 2024 dan dijangka tamat pada hujung 2026.